Don't forget to follow our Instagram Account
Majlis Tamat Latihan ke-10 MRSM Balik Pulau 2018
Badan Beruniform Pengakap MRSM Balik Pulau telah ditubuhkan pada tahun 2001 oleh Persekutuan Pengakap Malaysia dan turut disaksikan pengetua institusi itu sendiri
Pada peringkat awal penubuhannya, kapasiti badan ini mencapai 60 orang terdiri dari pelbagai tingkatan disebabkan sistemnya yang belum kukuh serta kelemahan pemimpin kumpulan.
Pada tahun 2005, bilangan ahli semakin ramai apabila Persekutuan Pengakap Malaysia bersama Persekutuan Pengakap Daerah Balik Pulau mula memanggil para ketua kumpulan,ketua patrol dan lain-lain lagi agar menjalani latihan di samping melengkapkan buku log masing-masing.
Pada tahun itu juga, tertubuhnya Pengakap Muda dan Remaja. Menjelang tahun 2018,bilangan ahli mencecah 118 orang yang diterajui oleh pemimpin yang disanjungi iaitu Encik Mohd Syarnizal bin Mohd Ghazali yang turut dibantu ketua kumpulannya iaitu Muhammad Syafiq bin Tumali dalam mewujudkan pengakap yang berkemahiran tinggi serta sistem patrol turut diperkenalkan oleh ketua kumpulan tersebut terhadap pemimpinnya seiring dengan pergerakan pengakap daerah lain.
Logo Pengakap Malaysia
Misi Pengakap Malaysia
Membangunkan satu sistem kepengakapan yang berkesan dan berkualiti sebagai asas pembinaan insan yang sempurna. Melahirkan warganegara Malaysia yang baik berasaskan pendidikan dan latihan pengakapan yang bermutu. Membina watak sahsiah dan peribadi kanak-kanak supaya menjadi individu yang berdisiplin bermaruah berdaya maju berdaya saing bersopan santun berbudi bahasa berdikari dan berakhlak mulia.
Visi Pengakap Malaysia
Membina sistem berpengakap dan pengakapan yang unggul bersepadu dinamik dan sarwajagat
Bahawa dan sesunguhnya,
Saya berjanji dan bersetia,
Yang saya dengan seberapa daya upaya saya,
Akan,
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong orang pada setiap masa,
Menurut undang-undang pengakap
COGAN KATA PENGAKAP
Pengakap Kanak-kanak (Cub Scout) – Buat Sehabis Baik
Pengakap Muda (Boy Scout) – Selalu Sedia
Pengakap Remaja (Rover Scout) – Pandangan Luas
Pengakap Kelana – Berkhidmat