Don't forget to follow our Instagram Account
Ganbar seorang anggota pengakap yang sedang mengawal lalu lintas.
Seramai 15 anggota pengakap MRSM Balik Pulau terdiri dari tingkatan 4 dikerahkan bagi mengawal aliran trafik MRSM Balik Pulau yang sesak bersempena Hari Akademik Ting. 3 & 5 2019. Seawal jam 7.30 pagi, mereka telah diberikan arahan lalu menetapkan tempat masing-masing. Walaupun hari yang hujan, mereka masih komited mengawal lalu lintas dan memberikan layanan yang amat baik terhadap ibu bapa pelajar yang hadir.
Anggota pengakap sibuk mengutip sampah di kawasan persekitaran makmal
Aktiviti ini dijalankan bagi meraih service hours M.o.P bagi melayakkan diri untuk mendapatkan skarf Messengers of Peace. Aktiviti ini dianjurkan oleh Timbalan Presiden Pengakap Bhg.Keusahawanan, Muhammad Hakimi bin Zukiman. Seramai 13 orang anggota terlibat dengan berbekalkan 2 pek plastik sampah menjalankan aktiviti ini malah dipuji staf MRSM Balik Pulau
Kumpulan 12 sedang bergerak menuju pulang apabila selesai aktiviti
Kempen ini dihadiri pelbagai pengakap dari daerah Balik Pulau. Kempen ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran ahli pengakap mengenai pentingnya menjaga alam semula jadi. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti membina istana pasir M.o.P, tating lawi dan banyak lagi. 2 daripada 4 kumpulan pengakap MRSM Balik Pulau memenangi acara kempen ini.
LOKASI BERLANGSUNGNYA KEMPEN HARI BUMI 2019