Don't forget to follow our Instagram Account
DI LAMAN INI, ANDA DAPAT MEMPEROLEHI INFO TERKINI MENGENAI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAN PENGAKAP MRSM BALIK PULAU
TARIKH MAKLUMAN : 30 MEI 2020
Pada tarikh ini, terhasilnya sejarah apabila Ketua Menteri Pulau Pinang telah merasmikan Lencana Peringatan Covid-19 sebagai tanda peringatan tempoh negara Malaysia menghadapi cabaran dalam menangani isu wabak Covid-19 yang telah menjejaskan pelbagai sektor negara termasuklah kehidupan rakyatnya. Anda JUGA boleh membelinya hanya dengan harga RM5. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.
TARIKH MAKLUMAN : 24 MEI 2020
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Islam di seluruh pelosok dunia. Meskipun kita sedang mengharungi detik yang susah namun hubungan kekeluargaan tidak pernah berkurang walaupun tidak dapat pulang ke kampung. Sehubungan itu, saya ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa di dalam laman ini serta kepada para pembaca seandainya saya melakukan kesilapan.
TARIKH MAKLUMAN : 16 MEI 2020
Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua warga pendidik dan staf sekolah di seluruh Malaysia. Jasa anda dalam mendidik anak bangsa amatlah dihargai dan tidak dapat dibalas oleh kami. Walaupun anda terpaksa berada di rumah, usaha anda mendidik pelajar melalui aplikasi atas talian amatlah gigih hinggakan saya tidak terbayang seandainya saya menjadi seorang guru. TERIMA KASIH CIKGU....JASAMU AKAN SENTIASA DIINGATI
TARIKH MAKLUMAN : 14 MEI 2020
Kempen ini dianjurkan bagi mengisi masa lapang anggota pengakap dengan aktiviti berfaedah di samping mencungkil bakat anggota yang terpendam di samping penganugerahan lencana KEGIATAN atas usaha yang ditunjukkan. Maklumat lanjut pada putan di bawah.
Sebagai makluman dan peringatan buat seluruh anggota pengakap di seluruh Malaysia.