Don't forget to follow our Instagram Account
Anggota pengakap Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau merupakan antara badan beruniform yang memainkan peranan penting di dalam institusi pendidikan ini kerana aktiviti badan ini yang banyak membantu meringankan beban warganya serta menjana kecemerlangan institusi itu sendiri.
Anggotanya turut dilatih dengan baik di bawah pimpinan pentadbiran badan ini sendiri yang turut membuahkan hasil serta melengkapkan diri setiap anggotanya agar sentiasa bersedia menghadapi apa jua rintangan.
Sehingga kini, kumpulan 12 atau anggota pengakap MRSM Balik Pulau masih mengekalkan momentum yang baik di samping disiplin dan kemahiran survival pada tahap optimum.
MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.
Dibuka pada tahun 1984 dengan kemasukan pertama pelajar tingkatan 3 (Batch: 1982) yang sebelumnya ditumpangkan di MRSM Muar, Johor dan pelajar tingkatan dua (Batch: 1983) yang sebelumnya ditumpangkan di MRSM Terendak, Melaka. Pelajar tingkatan satu (Batch: 1984) masuk pada 24 Mac 1984. Ketika itu MRSM Balik Pulau masih tidak siap sepenuhnya tetapi dibuka juga untuk kemasukkan pelajar-pelajar.
Pada tahun 1986, disebabkan status MRSM Kulim ditingkatkan kepada Kolej, semua pelajar tingkatan 4 MRSM Balik Pulau (Batch: 1983) dipindahkan ke lain-lain MRSM serata Malaysia untuk membuka kekosongan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 dari MRSM Kulim.
Pilihanraya pemilihan Badan Wakil Pelajar (BWP) yang pertama diadakan pada tahun 1985.
Visi MRSM
Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.
Misi MRSM
Menyediakan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains dan teknologi serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.
Muhammad Syazwie, anggota pengakap yang berdedikasi sepanjang tempoh perkhidmatannya. Kejayaannya dalam memimpin pengakap akan sentiasa diingati.
Seramai 15 orang terlibat di dalam kem ini. Hampir kesemuanya menunjukkan prestasi yang cemerlang semasa kem ini malah sering mengemukakan idea yang hebat.
Gambar menunjukkan salah seorang anggota pengakap yang berjaya menjadi Presiden Badan Wakil Pelajar 19/20 MRSM Balik Pulau (Muhammad Yuzwan)hasil usahanya yang gigih malah sikapnya yang begitu terpuji.
Kehebatan pengakap MRSM Balik Pulau dalam membentangkan idea mereka yang diharap mampu membantu pengakap lain pada masa akan datang.
Antara pelajar terpilih yang menjadi Badan Wakil Pelajar 19/20 yang juga rakan saya yang banyak membantu saya sepanjang berkhidmat di MRSM Balik Pulau.
#src_mrsmbp
Sebarang masalah, hubungi saya melalui e-mail yang tertera : syafiqtumali123@gmail.com
PERINGATAN:
-Laman ini merupakan hak cipta terpelihara pencipta namun pembaca masih boleh membuat- salinan sekiranya ingin mendapatkan ilmu